Journal list


Volume List
Search By : Author Keyword Publication Date Volume

Page  < 1 2 3 4 > 

POLA DAN TRENDA DALAM PENYELIDIKAN BERKAITAN DENGAN KREATIVITI ATAU PEMIKIRAN KREATIF PADA PERINGKAT PASCA IJAZAH DI MALAYSIA

Chew Eng Sun & Ahmad Rizal Madar

Volume : vol 7, 2016

Publication Date : 2017-02-02

Keywords : pasca ijazah, pola dan trenda, kreativiti, pemikiran kreatif, KBKK, KBAT

Abstract : Kesedaran tentang kepentingan pemikiran kreatif dalam kurikulum sekolah di Malaysia telah wujud sejak tahun 1983, bermula dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan dilangsungkan awal 1990an dengan Kurikulum Bersepadu di mana pemikiran kreatif disebatikan sebagai salah satu komponen dalam Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kini, pemikiran kreatif terus disebatikan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk pelajaran sekolah menengah. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sebarang pola dan trenda berkaitan dengan penyelidikan tentang kreativiti atau pemikiran kreatif yang dapat diakses dari pangkalan data elektronik di Pusat Dokumentasi Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Kaedah kajian sejarah berbentuk analisis tajuk tesis dan dokumen (tesis) dari tahun 1979 sehingga Julai 2015 dilaksanakan dan statistik perihalan digunakan untuk memperihalkan pola dan trenda. Antara 278 tesis pengajian tinggi yang dianalisis, hanya 65 tesis adalah tesis pasca ijazah dan jumlah ini merangkumi 51 (18.4%) tesis ijazah sarjana dan 14 (5.0%) tesis ijazah kedoktoran. KBKK merupakan tema am yang terpilih di peringkat ijazah sarjana manakala kreativiti atau pemikiran kreatif menjadi tema am yang paling disukai penyelidik kedoktoran. Para pelajar (31 kajian) dan guru (22 kajian) merupakan kategori responden yang paling kerap diselidiki manakala bilangan responden atau sasaran lain seperti guru pelatih, pentadbir, responden kumpulan lain adalah tidak signifikan. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan tesis kedoktoran dalam kreativiti atau pemikiran kreativiti sama ada dalam bentuk “pengintegrasian” (KBKK/KBAT) atau secara terasing (stand alone) adalah sangat terhad.

Download Hit : 1268

More Info | Full Paper


KESEDARAN SOSIAL DAN PENGLIBATAN MAHASISWA DALAM PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Adibah Abdul Latif, Mohd Shafry Mohd Rahim, Nor Fadila Mohd Amin & Crystal Joan Peter

Volume : vol 7, 2016

Publication Date : 2017-02-02

Keywords : Kesedaran sosial, khidmat masyarakat, domain afektif

Abstract : Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum universiti yang penting dalam memberi sumbangan terhadap penyuburan fizikal, mental, emosi dan sosial. Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kesedaran sosial dan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti khidmat masyarakat yang telah dikelolakan oleh Pusat Kokurikulum dan Pembelajaran Servis Universiti Teknologi Malaysia.Kajian ini juga mengenal pasti hubungan di antara kesedaran sosial dan penglibatan mahasiswa, serta menganalisis faktor peramal penglibatan mahasiswa berdasarkan kesedaran sosial pelajar Seramai 355 orang mahasiswa dari sebuah Fakulti telah dijadikan sebagai responden kajian. Tahap kesedaran sosial dalam kajian ini adalah berdasarkan Teori Afektif Krathwol melibatkan konstruk Penerimaan, Gerak Balas, Penilaian, Organisasi dan Perwatakan. Manakala bagi Tahap Penglibatan, teori yang digunakan adalah Teori Tingkah Laku Terancang yang melibatkan Sikap, Norma Subjektif dan Tanggapan. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Nilai kesahan konstruk adalah melebihi 40% bagi ukuran varians dan nilai Eigen adalah kurang daripada 3. Kebolehpercayaan item adalah 0.99 dengan indeks pengasingan adalah 8. Analisis kajian ini merangkumi analisis deskriptif berbentuk analisis peta item serta analisis inferensi iaitu ujian korelasi dan Structural Equation Model. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kesedaran sosial dengan tahap penglibatan mahasiswa dalam aktiviti khidmat masyarakat. Faktor Perwatakan, Penilaian dan Gerak Balas merupakan faktor yang signifikan dalam meramal peningkatan penglibatan mahasiswa dalam khidmat masyarakat.

Download Hit : 1314

More Info | Full Paper


IMPLIKATUR DALAM KESANTUNAN BERBAHASA: ANALISIS TEORI RELEVANS

Mohd Aris Anis & Ahmad Esa

Volume : vol 7, 2016

Publication Date : 2017-02-02

Keywords : implikatur, kesantunan berbahasa, Teori Relevans.

Abstract : Implikatur ditakrifkan sebagai suatu bentuk pentafsiran makna yang melangkaui makna lateral dalam sesebuah ujaran. Penggunaan implikatur dalam komunikasi bertujuan untuk melahirkan hasrat hati penutur kepada pendengar yang diujarkan dalam bentuk yang berbeza dari makna sebenar. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan penggunaan implikatur dalam kesantunan berbahasa berdasarkan ujaran yang terdapat dalam teks klasik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan data korpus. Data diperoleh daripada teks klasik Sulalatus Salatin yang diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad dan dianalisis menggunakan Teori Relevans. Teori Relevans yang menggabungkan komunikasi dan kognisi sesuai digunakan dalam memahami implikatur yang terdapat dalam ujaran yang bersantun. Teori Relevans yang diaplikasikan dalam kajian ini membuktikan bahawa ujaran yang bermenifestasi sangat penting bagi mengelakkan salah faham dalam mendapatkan makna sebenar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan implikatur dalam ujaran sangat berkesan dalam melahirkan ujaran yang menunjukkan kesantunan berbahasa. Hal ini kerana dalam menyampaikan ujaran penggunaan implikatur dapat menjadikan sesuatu ujaran itu lebih berhemah dan tidak menyinggung perasaan orang lain. Kesimpulannya, penggunaan implikatur dalam ujaran memberi kesan optima kepada kesantunan berbahasa dan seterusnya mampu mengelakkan seseorang itu dianggap sombong, ego, tidak berbudaya dan tidak beradat.

Download Hit : 1961

More Info | Full Paper


KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DALAM KALANGAN PELAJAR

Azita Ali & Zuriawahida Zulkifli

Volume : vol 7, 2016

Publication Date : 2017-02-02

Keywords : Pembelajaran Berasaskan Masalah, kemahiran menyelesaikan masalah

Abstract : Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) adalah satu pendekatan pengajaran berasaskan masalah sebenar yang melibatkan penggunaan pelbagai kemahiran untuk menyelesaikannya. Kajian kuasi-eksperimen ini bertujuan mengkaji keberkesanan kaedah PBM dalam meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah pelajar. Kajian ini mengambil masa selama lapan minggu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merangkumi soalan ujian pra-pasca dan soal selidik. Kajian ini melibatkan 71 orang pelajar sekolah menengah yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kesemua responden ini mengambil mata pelajaran Sains Tingkatan Empat. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Version 21.0. Dapatan kajian ini membuktikan kaedah PBM berjaya dalam meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah pelajar. Dapatan persepsi menunjukkan penggunaan PBM menerima maklum balas yang positif daripada pelajar. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa teknik pengajaran dan pembelajaran yang berbeza, menarik, serta berkesan mampu meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah pelajar.

Download Hit : 2634

More Info | Full Paper


KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN PELATIH WANITA KURSUS REKAAN FESYEN PAKAIAN DI INSTITUT

Mimi Mohaffyza Mohamad , Simah anak Adai & Adnan Ahmad

Volume : vol 7, 2016

Publication Date : 2017-02-02

Keywords : Rekaan fesyen, ciri-ciri usahawan, kemahiran keusahawanan

Abstract : Program Rekaan Fesyen Pakaian adalah salah satu program teknikal dan vokasional yang masih dikuasai pelatih wanita di institut latihan. Kajian ini adalah bertujuan bagi mengenalpasti ciri–ciri keusahawanan dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan 130 orang pelatih wanita Program Rekaan Fesyen Pakaian Institut Latihan Kemahiran. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif bagi mengkaji penerapan elemen ciri-ciri usahawan dan kemahiran keusahawanan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min keseluruhan bagi setiap ciri-ciri usahawanan seperti kreatif dan inovasi, berani mengambil risiko, keyakinan diri, dan motivasi mendapat aras persetujuan yang tinggi. Selain itu, kemahiran komunikasi dan kemahiran teknologi maklumat berada pada aras persetujuan sederhana tinggi manakala kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran mengurus perniagaan, dan kemahiran kepimpinan berada aras persetujuan yang tinggi. Malahan, terdapat perbezaan yang signifikan dalam ciri-ciri usahawan antara dua institut latihan yang dikaji dalam aspek berani mengambil risiko dan keyakinan diri. Terdapat perbezaan dalam kemahiran keusahawanan antara dua institut latihan dalam aspek kemahiran teknologi maklumat. Justeru, ciri-ciri dan elemen kemahiran keusahawanan sangat perlu diserapkan di institut latihan kemahiran yang dikaji bagi melahirkan gologan usahawan yang berdaya saing dalam bidang rekaan fesyen khususnya untuk golongan belia wanita.

Download Hit : 1710

More Info | Full Paper


RELATIONSHIP BETWEEN STRESS COPING FACTORS WITH STRESS LEVEL DURING PRACTICAL TRAINING AMONG TRAINEE TEACHERS: A PLS-SEM APPROACH

Ngui Geok Kim & Lay Yoon Fah

Volume : vol 6, 2015

Publication Date : 2015-12-01

Keywords : practicum, stress, stress coping factors, resiliency, self-efficacy, emotional intelligence, subjective wellbeing, PLS-SEM.

Abstract : Practicum is a highly stressful situation whereby trainee teachers are subjected to a high quality standard, deals with numerous students’ behaviour, adapt with the school climate and so forth. In this stress coping factors comprising of selfefficacy, subjective well-being and emotional intelligence are associated with practicum stress experienced by 137 trainee teachers in the Sabah Teacher Education Institutions (TEIs). Resiliency Scale for Young Adults (RSYA), Teachers’ Sense of Efficacy Scale, the Emotional Intelligence Traits, Satisfaction with Life Scale (SWLS) and Rating Pre-Service Teacher Events for Stress Scale were adapted and used in this study. Collected data were analysed using the PLS-SEM approach. The result showed self-efficacy, emotional intelligence, subjective well-being and stress are moderate but resiliency has moderately low level. Self-efficacy and subjective well-being are significant predictors of resilience and stress, however, emotional intelligence is not. It is hoped that this study will provide more understanding about stress and stress coping abilities so that appropriate orientation, content, and practice during practicum can be planned and implemented in an effort to prepare high quality educators.

Download Hit : 921

More Info | Full Paper


CURRICULUM REVIEW AND DEVELOPMENT OF AN INTERNATIONAL STUDENT PREPARATORY PROGRAMME

Loh Yoke Len, Chua Yong Wei, Chelster Sherralyn Jeoffrey Pudin, Natalie Ann Gregory, Priscilla Shak Yee Ping, & Yoon Sook Jhee

Volume : vol 6, 2015

Publication Date : 2015-12-01

Keywords : International students, foundation/preparatory programme, English language proficiency, tertiary education

Abstract : In addition to the entry criterion of obtaining the stipulated minimum IELTS band or TOEFL score, an alternative route taken by international students is to participate in a preparatory programme and achieve the required results. Many of these students select the latter option due to their low proficiency level of English. The current research examined a foundation programme for international students in terms of its curriculum via a questionnaire survey, focus group discussion, and face-to-face semi-structured interviews. The sample comprised former students of the programme who are currently studying in Universiti Malaysia Sabah, lecturers teaching these students, and deans of schools where these students are studying. Based on the findings, an alternative programme is proposed to overcome the shortcomings of the existing programme

Download Hit : 963

More Info | Full Paper


SELF-EFFICACY, LEARNING STRATEGIES, AND ACADEMIC ACHIEVEMENT AMONG MALAYSIAN FUTURE EDUCATORS

Law Mei Yui & Norlizah Che Hassan

Volume : vol 6, 2015

Publication Date : 2015-12-01

Keywords : Academic achievement, gender, self-efficacy, learning strategies, undergraduates.

Abstract : This study is to identify the level of learning strategies among Malaysian future educators, examine the relationship between self-efficacy, learning strategies, and academic achievement, determine whether gender have significant difference in self-efficacy and learning strategies. There are 310 respondents and the sample is undergraduates from the Faculty of Educational Studies, UPM. The instrument employed is Motivated Strategies for Learning Questionnaires (MSLQ). Finding revealed that future educators adopted help seeking strategy the most (mean=5.40) and effort regulation strategy the least (mean=4.70), there is a significant positive relationship between self-efficacy and learning strategies (r=.652, DF=308, p<.01), self-efficacy and academic achievement (r=.125, DF=308, p<.05), learning strategies and academic achievement (r=.276, DF=308, p<.01), and as a whole gender does not have any significant differences in self-efficacy, t (308) = -0.180, p>.05 and learning strategies, t (308) = -1.294, p>.05.

Download Hit : 1433

More Info | Full Paper


MENGESAN KEBERBEZAAN FUNGSI ITEM BAGI ITEMITEM UJIAN PENCAPAIAN PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN EMPAT DI NEGERI PERAK

Lim Hooi Lian & Subashini A/P Sreenivasan

Volume : vol 6, 2015

Publication Date : 2015-12-01

Keywords : Differential Item Functioning (DIF); Prinsip Perakaunan; Program Winsteps

Abstract : Kajian ini bertujuan mengesan keberbezaan fungsi item (Differential Item Functioning, DIF) bagi item-item ujian pencapaian Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat di negeri Perak. Instrumen kajian merupakan satu set ujian pencapaian mata pelajaran Prinsip Perakaunan yang mengandungi 40 soalan aneka pilihan dengan empat fungsi pengganggu. Sampel kajian terdiri daripada 1000 orang pelajar dari 20 buah sekolah negeri Perak. Analisis data telah dijalankan dengan menggunakan Program Winsteps, Microsoft Excel, dan SPSS. Kaedah yang digunakan untuk mengesan DIF ialah analisa statistikal menggunakan nilai t ? ±1.96 pada p= .05. Saiz DIF ditentukan melalui nilai DIF Contrast ± .5. Data dianalisis dan dapatan kajian menunju4kkan: (1) Itemtem di dalam ujian pencapaian Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 menunjukkan 17 item sebagai item suspek DIF. Berdasarkan Nilai DIF Contrast ,tiada item yang disahkan mempunyai saiz DIF yang besar dan boleh diabaikan; (2) Itemitem di dalam ujian pencapaian Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 menunjukkan lapan item sebagai item suspek DIF terhadap jantina. Berdasarkan nilai DIF Contrast, tiada item yang disahkan mempunyai saiz DIF yang besar dan boleh diabaikan. Gambaran yang komprehensif berasaskan maklumat perbezaan prestasi pelajar dengan item-item yang dikaji menunjukkan item tiada kesan DIF yang nyata.

Download Hit : 2010

More Info | Full Paper


PEMBELAJARAN TOPIK DUNIA MELALUI DERIA KITA MENERUSI PENDEKATAN KECERDASAN PELBAGAI

Noor Baizura Bahrum, Mohd. Ali Samsudin, & Noor Hasyimah Haniza

Volume : vol 6, 2015

Publication Date : 2015-12-01

Keywords : Kecerdasan pelbagai, pembelajaran Sains

Abstract : Kajian ini bertujuan mengenal pasti pendekatan kecerdasan pelbagai terhadap pencapaian murid Tingkatan Dua dalam topik ‘Dunia Melalui Deria Kita’. Sampel kajian adalah seramai 60 orang murid Tingkatan Dua iaitu seramai 30 orang murid bagi kumpulan eksperimen iaitu murid yang mengikuti rancangan pelajaran yang terancang berdasarkan pendekatan kecerdasan pelbagai dan 30 orang murid lagi bagi kumpulan kawalan yang mengikuti pengajaran secara konvensional. Untuk mengenal pasti kesan jenis pendekatan pengajaran terhadap pencapaian murid, ujian pra bagi topik ‘Dunia Melalui Deria Kita’ ditadbir sebelum rawatan dijalankan. Manakala, ujian pasca bagi topik yang sama pula ditadbir selepas rawatan dijalankan. Analisis data dilakukan dengan menggunakan Analisis Kovarians (ANCOVA). Dapatan kajian mendapati bahawa pendekatan kecerdasan pelbagai berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid dalam topik ‘Dunia Melalui Deria Kita’. Justeru, guru-guru disarankan untuk melaksanakan pengajaran Sains dengan mengambil kira kecerdasan murid yang pelbagai melalui pendekatan kecerdasan pelbagai.

Download Hit : 1325

More Info | Full Paper



Page  < 1 2 3 4 >