Journal list


Volume List
Search By : Author Keyword Publication Date Volume

Page  1 2 > 

Impak pengajaran dan bimbingan guru Pendidikan Islam terhadap motivasi dan pembelajaran terarah kendiri pelajar

Muhamad Suhaimi Taat, Mohd Yusof Abdullah

Volume : vol 5, 2014

Publication Date : 2014-12-01

Keywords :

Abstract : Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh variabel proses pengajaran dan bimbingan guru Pendidikan Islam terhadap motivasi dan pembelajaran terarah kendiri (PTK) pelajar sekolah menengah di negeri Sabah, Malaysia. Di samping itu juga kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan pengaruh variabel-variabel eksogenus terhadap variabel endogenus kajian berdasarkan lokasi (bandar dan luar bandar). Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan, melibatkan seramai 407 orang pelajar dari kawasan bandar (205 orang) dan luar bandar (202 orang). Kajian ini merujuk kepada Model Keupayaan Belajar Sendiri (Borkowski & Dukewich, 1996) sebagai model asas kerangka kajian ini. Data kajian dianalisis menggunakan analisis laluan (path analisis/SEM) dengan perisian AMOS Versi 4. Dapatan utama kajian menunjukkan proses pengajaran dan bimbingan guru mempengaruhi motivasi dan pembelajaran terarah kendiri (PTK) secara signifikan. Namun terdapat perbezaan pengaruh variabel-variabel tersebut berdasarkan lokasi. Analisis laluan model persamaan struktur (SEM) juga menunjukkan data yang digunakan dalam kajian ini mempunyai penyesuaian munasabah bagi model regresi yang dicadangkan. Justeru membuktikan ketiga-tiga variabel bebas tersebut mempunyai hubungan secara langsung dan tidak langsung dengan variabel bersandar kajian iaitu pembelajaran terarah kendiri (PTK). Diharapkan kajian ini akan dapat memberikan input berguna bagi penambahbaikan sistem pendidikan kebangsaan

Download Hit : 10596

More Info | Full Paper


Kajian persepsi guru terhadap agihan tugas dan kepuasan kerja

Abdul Said Ambotang, Katriani Maijohn

Volume : vol 5, 2014

Publication Date : 2014-12-01

Keywords :

Abstract : Dalam usaha mencapai kecemerlangan berterusan, kepimpinan sekolah perlu berperanan secara proaktif untuk membangunkan para guru kerana guru merupakan pelaksana dasar, visi dan misi sekolah dalam mencapai matlamat sekolah dan seterusnya merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kajian ini meninjau persepsi guru terhadap agihan tugas termasuk aspek beban tugas, perancangan dan kawalan, sikap guru dan kepuasan kerja guru. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang dijalankan terhadap 240 orang guru daripada enam buah sekolah menengah yang terdapat dalam daerah Kota Kinabalu. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS for Windows versi 16.0. Statistik deskriptif (frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai) digunakan untuk membuat bacaan, tafsiran serta menghuraikan hasil kajian. Statistik inferensi (ujian-t dua kumpulan tak bersandar, ANOVA, kolerasi Pearson-r dan regresi berganda) digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap agihan tugas adalah pada tahap yang tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara agihan tugas dengan kepuasan kerja guru. Ujian regresi berganda pula menunjukkan sikap guru dan agihan tugas adalah berpengaruh terhadap kepuasan kerja guru. Secara keseluruhannya, kedua-dua aspek ini memberi pengaruh sebanyak 40.7% ke atas kepuasan kerja guru dengan aspek sikap guru adalah pemberi pengaruh yang lebih tinggi berbanding agihan tugas.

Download Hit : 8781

More Info | Full Paper


Beban tugas dan motivasi pengajaran guru di sekolah menengah daerah Ranau

Norashid Bin Othman, Hamzah Bin Md.Omar

Volume : vol 5, 2014

Publication Date : 2014-12-01

Keywords :

Abstract : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap beban tugas dan motivasi pengajaran dalam kalangan guru di sekolah menengah daerah Ranau dan hubungan antara kedua-duanya. Beban tugas guru dikategorikan kepada dua, iaitu beban tugas akademik dan beban tugas bukan akademik. Populasi kajian ini ialah 380 orang guru yang bertugas di lima buah sekolah menengah dalam daerah Ranau. Seramai 193 orang guru daripada tiga buah sekolah dipilih secara rawak menjadi sampel kajian. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan melibatkan kaedah tinjauan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap beban tugas akademik adalah tinggi (M=3.79, SD=.211), tahap beban tugas bukan akademik adalah tinggi (M=4.43, SD=.174), tahap beban tugas guru adalah tinggi (M=4.11, SD=.159) dan tahap motivasi pengajaran guru adalah sederhana (M=3.56, SD=.538). Keperluan fisiologi pelajar dan penyediaan fizikal bilik darjah perlu dipenuhkan terlebih dahulu. Pelajar yang berasa tenang dan selesa kurang menimbulkan masalah disiplin. Bagi guru pula, perkara ini dapat mengurangkan beban tugas mereka dalam menangani masalah disiplin pelajar. Pengurangan beban tugas berkaitan disiplin dapat menyumbang kepada keadaan kerja yang lebih baik kepada guru.

Download Hit : 25178

More Info | Full Paper


Komunikasi guru dalam bilik darjah dan tingkah laku Delinkuen murid sekolah menengah

Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid Hj Johari, Ag Yusof Ag Chuchu, Halimah Laji

Volume : vol 5, 2014

Publication Date : 2014-12-01

Keywords :

Abstract : Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara komunikasi guru dalam bilik darjah dengan tingkah laku delinkuen murid sekolah menengah sebuah daerah di Sabah. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik melibatkan responden seramai 80 orang guru. Data-data kajian dianalisis melalui SPSS V18. Dapatan kajian menunjukkan bahawa halangan kepada keberkesanan komunikasi guru dalam bilik darjah ialah sikap atau tingkahlaku dan sosioemosi guru itu sendiri seperti guru selalu tidak masuk kelas, mudah marah, membosankan dan kawalan yang lemah. Analisis korelasi pearson menunjukkan wujud hubungan negatif yang signifikan antara komunikasi guru dalam bilik darjah, komunikasi lisan dan bukan lisan guru, komunikasi guru dalam bilik darjah dengan tingkah laku delinkuen murid.

Download Hit : 33122

More Info | Full Paper


Penggunaan bahan visual di kalangan guru teknikal

Azura binti Mohd Nor, Sabariah binti Sharif

Volume : vol 5, 2014

Publication Date : 2014-12-01

Keywords :

Abstract : Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan bahan visual di kalangan guru-guru teknikal, kemahiran guru-guru teknikal dalam literasi visual dan sikap mereka terhadap literasi visual. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat limitasi yang dihadapi dalam penggunaan bahan visual dalam pengajaran di kelas. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Populasi kajian adalah guru-guru yang mengajar mata pelajaran teknikal sekolah menengah di Kota Kinabalu. Manakala sampel yang terlibat adalah sebanyak 120 guru yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis deskriptif bagi pemboleh ubah pengalaman mengajar, penggunaan bahan visual, sikap dan limitasi. Seterusnya objektif kajian adalah untuk melihat perbezaan pemboleh ubah berdasarkan pengalaman mengajar dan hubungan antara pemboleh ubah, analisis inferensi digunakan. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan bahan visual di kalangan guru teknikal adalah sederhana. Selain itu, tahap kemahiran guru teknikal juga didapati berada pada tahap tinggi dan guru-guru teknikal mempunyai sikap yang positif terhadap literasi visual. Walau bagaimanapun, guru-guru teknikal masih menghadapi limitasi yang sederhana dalam mengaplikasikan penggunaan bahan visual dalam pengajaran di kelas. Maka dapat disimpulkan bahawa walaupun menghadapi masalah tertentu namun guru-guru teknikal masih bersikap positif terhadap literasi visual dan mengaplikasikannya dalam pengajaran di kelas.

Download Hit : 12979

More Info | Full Paper


Sikap dan kebimbangan kimia dalam kalangan pelajar aliran sains: satu pendekatan pemodelan persamaan struktural (SEM)

Adeline Leong Suk Yee, Lay Yoon Fah

Volume : vol 5, 2014

Publication Date : 2014-12-01

Keywords :

Abstract : Kajian kuantitatif ini adalah untuk meninjau tahap kebimbangan dan sikap terhadap kimia pelajar aliran sains. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menyiasat hubungan dan pengaruh kebimbangan kimia terhadap sikap pelajar. Responden kajian terdiri daripada 479 orang pelajar aliran sains yang mengambil mata pelajaran kimia dari sepuluh buah sekolah menengah di daerah Kudat, Sabah. Kaedah persampelan rawak bertujuan digunakan dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk tinjauan-deskriptif yang menggunakan soal selidik. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini, mengandungi 60 item berskala Likert 5 poin yang diadaptasi dari instrumen penyelidikan. Analisis deskriptif, korelasi Pearson, analisis regresi pelbagai stepwise dan Partial Least Square (PLS) digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul. Dapatan deskriptif menunjukkan tahap kebimbangan kimia pelajar adalah sederhana dan majoritinya pelajar menunjukkan sikap terhadap kimia yang tinggi. Daripada hasil analisis, faktor kepentingan kimia dalam kehidupan dan gabungan keseluruhan faktor sikap terhadap kimia menunjukkan perbezaan yang signifikan dari aspek lokasi sekolah. Analisis korelasi menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan negatif antara faktor kebimbangan kimia dengan sikap terhadap kimia. Analisis regresi pelbagai stepwise menunjukkan faktor kebimbangan terhadap pembelajaran kimia menyumbang kepada sikap terhadap kimia. Keputusan analisis SEM (structural equation modeling) menunjukkan bahawa kebimbangan kimia memberi kesan secara negatif terhadap sikap terhadap kimia dengan menyumbang sebanyak 14%. Dari segi implikasinya kajian ini menunjukkan bahawa kebimbangan pelajar terhadap mata pelajaran kimia perlu dikikis bagi menunjukkan sikap yang positif dalam mempelajari kimia sekaligus meningkatkan pencapaian. Guru-guru perlu berusaha membentuk pengajaran yang inovatif bagi menarik minat pelajar dan membantu pembelajaran pelajar.

Download Hit : 4655

More Info | Full Paper


Relationships between the knowledge, attitudes, and behaviour dimensions of environmental literacy: a structural equation modeling approach using SMARTPLS

Lay Yoon Fah, Anuthra Sirisena

Volume : vol 5, 2014

Publication Date : 2014-12-01

Keywords : Environmental literacy, Environmental knowledge, Environmental attitudes, Environmental behaviour, Structural Equation Modeling, Environmental education

Abstract : The purpose of this study was to assess environmental literacy which includes the dimensions of environmental knowledge, attitudes, and behaviour among Malaysian Form 4 secondary school students. This study was also aimed to ascertain differences in environmental literacy based on students’ gender and school location. The relationships and the contribution of environmental knowledge and environmental attitudes to environmental behaviours were also studied. The ultimate goal of this study was to propose a structural model which explains the direct and indirect effects of the three dimensions of environmental literacy by using SmartPLS. This study involved administering the Environmental Literacy Survey (ELS), a version of the Green’s (1999) modified Wisconsin Environmental Survey. This study offers a snapshot of environmental literacy among Form 4 secondary school students as well as an insight on the direct and indirect effects among the knowledge, attitudes, and behaviour dimensions of environmental literacy

Download Hit : 3087

More Info | Full Paper


What happened with pupils’ oral production when engaged in games?

Hamzah Md. Omar & Nurul Nazira Hamzah

Volume : vol 5, 2014

Publication Date : 2014-12-01

Keywords :

Abstract : This study reports on the trends and concerns of ESL teacher trainees in using game strategy to improve speaking skill in a rural and remote primary schoolThis study was conducted over three weeks with five remote areas primary schools pupils under the Malubang Outreach Programme, in Malubang, Pitas in Sabah. This study involved 22 TESL (Teaching of English as A Second Language) education undergraduates in the School of Education and Social Development at University of Malaysia Sabah, Malaysia. Teacher trainees used game strategy throughout to improve pupils? oral skills. Data were collected through observation, questionnaires, and reflective essays. In sum, this study revealed the concerns of teacher trainees using game strategy comprised of restructuring teacher trainees? instructional techniques based on the following: The internal and external environment conditions that influenced the effectiveness of various language games used, for example, instructional setting; group dynamics; communication patterns and modes; organization, cultural factors and distance/time factors and management of the learning environment and technology.

Download Hit : 1479

More Info | Full Paper


Psychological skills assessment and referee rugby sevens performance

Mohamad Nizam Nazarudin, Hasnol Noordin, Pathmanathan K. Suppiah, Mohamad Razali Abdullah, Mohd Sofian Omar Fauzee, Nagoor Meera Abdullah

Volume : vol 5, 2014

Publication Date : 2014-12-01

Keywords : Sports, Psychology, Rugby Referee

Abstract : This study aims to examine the psychological skills that are commonly used among referees rugby sevens and their relationship with referees’ performance. The Psychological Skills Inventory for Sports (Mahoney, Gabriel, & Perkins, 1987) was adapted and modified specifically for use by rugby sevens referees. It was administered to 132 rugby sevens referee (mean age 33.4 + 1.5 years; 132 males) of the Malaysian Rugby Union (MRU) which has been refereed in 10 rugby sevens tournament in Malaysia. The psychological skills variables employed in the questionnaire included confidence, anxiety management, mental preparation, motivation and concentration. The IRB Referee Sevens Performance Evaluation Form (r=0.94) was used to evaluate referee performance. These instruments measure the performance variable that contains the dimensions of control, communication, application of the law and the positioning. The descriptive statistics of the variables are Psychological skills (M= 120.14, SD= 6.97) and performance (M= 136.45, SD= 4.47) identified at a moderate level. Findings indicated no significant differences [F= (3, 72) =.636, p>0.05] in psychological skills across age levels but there are significant differences [F= (3, 128) =57.616, p<0.05] across experience levels. Highly experienced referees scored significantly higher in all psychological constructs compared to less experienced referees. Variables that showed strong and positive relationships with performance were anxiety management (r= .61), concentration (r= .57), confidence(r= .54) and motivation (r= .50). In conclusion, the psychological skills assessment can improve the efficacy of rugby referees and recommends that referee coaches increase the use of psychological skills in competitions and future training. Researchers should investigate the effectiveness of applied sport psychology interventions in enhancing referee performance in the future.

Download Hit : 1846

More Info | Full Paper


Malaysian ethnic groups and the culture of football fans attendance during EPL clubs friendly matches in Malaysia

Mohamed @ Mohd Sadek Mustaffa, Mohamad Nizam Nazarudin, Borhan Yusof, Siti Aishah Wahab, Mohd Radzani Abdul Razak

Volume : vol 5, 2014

Publication Date : 2014-12-01

Keywords : Culture, Ethnic, Sport Attendance, Sport Fans, EPL clubs

Abstract : The involvement of Malaysian and the football fans in the English Premier League is real. Malaysia Airlines System (MAS) and Air Asia are the pure examples which involving in sponsoring EPL teams such as Manchester United, Liverpool and others. For the session year 2011-2012, they have moved another step further, where Malaysian not only sponsors the EPL team but they are the new owner of Queen Park Ranger and Cardiff City Club. Football is a team sport which is the most played and watched in the world, whether we actively participate as a player or simply attend as a fan or spectator. The popularity of football has increased especially in the 20th century. Recently, football is a lucrative industry through the authority of media broadcast income and ticket sales at stadiums. Millions of fans usually go to the football stadium to follow their favourite teams, while billions are watch football game on television. Malaysia's key issue is there are no consistencies in sport fans attendance which conducted in Malaysia. So, are better understandings of the culture of football attendance can increase fans attendance? And are the background of the fans can be part of influencing the attendance of fans to football friendly matches in Malaysia? The purpose of this study is to identify the culture of football fans attendance on English Premier League in Malaysia and to support for using the theory of planned behavior for selection of factors in conducting research regarding why people attend to watch EPL clubs in Malaysia. This study is a descriptive research, and the instrument that has been use is questionnaire which was adapted from Ketra L. Armstrong (2008). The sample size of this study is (n=815), and the participants of this research is from EPL sport fans club in Malaysia. The data was analyzed by using one-way ANOVA, and multiple regressions. Multiple regression shows that event attractiveness factor by getting experience of feeling while attending the match (?=.259) can increase the attendance of football fans. Simultaneously, event accessibility factor the researcher found that if the match held on appropriate day (?=.127) has influence to EPL fans attendance, although in this research the result shows that when the time and when the match will be held cannot influence them (?=.122) (?=.124). While event culture, when the organizer of the match provide a special giveaways and get the special merchandise from the match (?=.097) (?=.090) show significant on the attendance of sport fans. The results have the ability to provide much needed findings for event tournament, sponsors, and event organizer as they continue to develop methods to increase fans attendance.

Download Hit : 1861

More Info | Full Paper



Page  1 2 >