Journal list


Volume List
Search By : Author Keyword Publication Date Volume

Page

The Relationship between Form 4 Students’ Perceptions of Science Classroom Environment and Attitudes towards Science

Leona A Candia & Lay Yoon Fah

Volume : vol 8, 2017

Publication Date : 2018-04-04

Keywords : Science classroom environment, attitudes toward science, gender, school locations, rural, urban, science education, interest in science

Abstract : It is essential to develop positive attitudes towards science as one of the legitimate goals of science education in Malaysia. The purpose of this study was to investigate the relationship between students’ perceptions of science classroom environment and attitudes toward science. This study was a non-experimental quantitative research and employed a sample survey method to collect data. Samples were selected by using the two-stage cluster random sampling. In this study, the Test of Science-Related Attitudes (TOSRA) was adopted to measure students’ attitudes towards science while students’ perception towards classroom environment was measured with the ‘What Is Happening In This Class’ (WIHIC) instrument. Independent sample t-test, Pearson Product Moment Correlation and Multiple Regression Analysis were used to test the stated null hypotheses at a predetermined significance level, alpha = .05. Data analysis showed that gender and school locations did not have a significant effect on students’ perceptions of science classroom environment. Gender also did not have a significant effect on students’ attitudes toward science. However, school locations had a significant effect on students’ attitudes toward science in which urban schools’ students had more positive attitudes toward science than their rural peers. Correlation analysis results showed that there was positive low to moderate significant correlations between students’ perceptions of science classroom environment and attitudes toward science. Multiple regression analysis showed that students’ perception of science classroom environment is a significant predictor of students’ attitudes toward science in Tenom and Kota Kinabalu. Further analysis showed that WIHIC’s subscale of Task Orientation is the most significant predictor to students’ attitudes towards science. It is suggested that science teachers emphasize the completion of science work and activities to improve students’ overall attitudes towards science. Not only that, further help is needed from school and education administrators to improve teaching and learning instruments for science teachers to make varieties of science activities to accommodate students’ learning.

Download Hit : 17

More Info | Full Paper


Hubungan Iklim Sekolah Dengan Motivasi Guru

Evonne Lai Eng Fei, Crispina Gregory K. Han

Volume : vol 8, 2017

Publication Date : 2018-04-04

Keywords : Iklim sekolah, motivasi guru

Abstract : Kajian hubungan iklim sekolah dengan motivasi guru dalam kalangan guru sekolah menengah telah dilaksanakan di Daerah Sri Aman, Sarawak. Kajian kuantitatif bukan eksperimen ini menggunakan instrumen soal selidik dan seramai 188 responden dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Iklim sekolah telah diukur menggunakan instrumen School-Level Environment Questionnaire (SLEQ) manakala pengukuran motivasi menggunakan instrumen soal selidik, A Questionnaire Measure of Individual Differences in Achieving Tendecy (QMAT). Nilai alfa Cronbach untuk kedua-dua soal selidik ialah .75 dan .79. Dapatan kajian menunjukkan iklim sekolah dan motivasi guru adalah pada tahap tinggi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam iklim sekolah berdasarkan kelayakan ikhtisas dan juga motivasi guru berdasarkan kelayakan ikhtisas dan pengalaman mengajar. Iklim sekolah menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan pengalaman mengajar. Analisis kajian mendapati terdapatnya hubungan positif yang lemah dan signifikan antara iklim sekolah dengan motivasi guru (r = .358, p < .05).

Download Hit : 24

More Info | Full Paper


Aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 Terhadap Hala Tuju Kecemerlangan Bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

Yusmarwati Yusof, Rohayu Roddin, Sarebah Warman & Nor Azyyati Deraman

Volume : vol 8, 2017

Publication Date : 2018-04-04

Keywords : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV), kecemerlangan PTV

Abstract : Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 terhadap hala tuju kecemerlangan bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). Kajian yang dijalankan adalah kajian tinjauan berbentuk kuantitatif. Seramai 100 orang Pegawai Pendidikan Daerah dari 12 buah Pejabat Pendidikan Daerah dipilih sebagai responden. Empat zon Pejabat Pendidikan Daerah yang terlibat adalah zon selatan (Batu Pahat, Kluang, Seremban, dan Kuala Pilah), zon timur (Pasir Puteh, Bachok, Setiu, dan Kuala Terengganu). Dua zon lagi adalah zon utara yang terdiri daripada Alor Setar dan Kangar, dan zon tengah yang meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kuala Selangor. Kajian ini menggunakan borang soal selidik berskala Likert lima-mata yang diadaptasi daripada instrumen Kajian Persepsi PPPM Kitaran 2, 2013. Kaedah analisis data yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan peratusan. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 21.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa PPPM 2013-2025 merupakan aspirasi, panduan, dan hala tuju pegawai pendidikan dalam mentransformasi dan mengarusperdana bidang PTV. Para pegawai pendidikan mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap kandungan pelan PPPM. Mereka juga berpendapat bahawa program yang dilaksanakan oleh pihak KPM adalah menepati dan mengikut aspirasi pelan yang telah dibangunkan dan menaruh keyakinan terhadap perkembangan PTV melalui pelaksanaan PPPM 2013-2025. Kajian ini diharapkan dapat menjadikan PPPM atau program seumpamanya yang diperkenalkan oleh kementerian dapat menjadi panduan dalam mengarusperdanakan pendidikan di Malaysia terutamanya dalam bidang Teknik dan Vokasional agar seiring dengan perkembangan bidang lain.

Download Hit : 17

More Info | Full Paper


Sikap dan Amalan Aktiviti Fizikal Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia

Widayati Harun, Anuar Din & Salleh Abd. Rashid

Volume : vol 8, 2017

Publication Date : 2018-04-04

Keywords : Sikap aktiviti fizikal, amalan aktiviti fizikal, pelajar IPGM

Abstract : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap aktiviti fizikal terhadap amalan aktiviti fizikal pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Seramai 408 pelajar Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISMP) di empat buah IPGM Zon Sabah terlibat dalam kajian ini. Guru pelatih berada di tahun pertama hingga tahun empat dan sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan berbentuk kuantitatif bukan eksperimen yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperoleh berdasarkan soal selidik Sikap Aktiviti Fizikal dan Soal Selidik Aktiviti Fizikal Antarabangsa (IPAQ). Data mentah telah dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif dan inferens seperti min, peratusan sisihan piawai, korelasi Pearson dan regresi pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan sikap aktiviti fizikal pada tahap sederhana dan amalan aktiviti fizikal pelajar pada tahap baik. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapatnya hubungan (r = .133, p <.05) dan pengaruh sikap terhadap amalan aktiviti fizikal [F (2,405) = 8.162, p < .05] dalam kalangan pelajar IPGM. Variabel ini memberi implikasi terhadap teori-teori kajian dan praktikal secara menyeluruh.

Download Hit : 18

More Info | Full Paper


Hubungan Antara Amalan Hijau Dan Pengurusan BengkelDi Institut Kemahiran Teknikal Kota Kinabalu, Sabah

Nunik Wahida Mohd Nuryamin & Crispina Gregory K. Han

Volume : vol 8, 2017

Publication Date : 2018-04-04

Keywords : Amalan hijau, pengurusan bengkel, Institut Kemahiran Teknikal

Abstract : Kepesatan dan kemajuan sains, teknologi, dan perindustrian adalah antara penyumbang utama terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar. Kesedaran masyarakat dalam membantu melestarikan alam sekitar harus dipupuk melalui pendidikan dari peringkat awal. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap amalan hijau, tahap pengurusan bengkel dan hubungan antara amalan hijau dengan pengurusan bengkel dalam kalangan tenaga pengajar Institut Kemahiran Teknikal di Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 147 orang responden dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak bagi mewakili populasi tenaga pengajar Institut Kemahiran Teknikal. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif bukan eksperimen yang menggunakan kaedah tinjauan untuk mengumpul data. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data terdiri daripada Soal Selidik Amalan Hijau dan soal selidik Pengurusan Bengkel. Indeks kebolehpercayaan kedua-dua instrumen ini ialah .91 dan .93. Analisis data dilakukan dengan menggunakan Program IBM SPSS Statistics version 22.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan hijau dan pengurusan bengkel adalah pada tahap ‘Tinggi’ (3.87 - 4.17). Selain itu, dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang kuat (r = .71) dan signifikan antara amalan hijau dengan pengurusan bengkel. Dapatan kajian ini dapat memberikan garis panduan untuk membentuk kolaborasi antara pihak Institut Kemahiran Teknikal dengan Industri dalam memantapkan pengetahuan dan penerapan teknologi hijau dan amalan hijau dalam pendidikan kemahiran dan teknikal khususnya.

Download Hit : 18

More Info | Full Paper


Kajian Perbandingan Pencapaian Subjek Matematik Dalam Kalangan Pelajar Pecutan dan Bukan Pecutan

Nur Nadiah Lani & Noriah Mohd Ishak

Volume : vol 8, 2017

Publication Date : 2018-04-04

Keywords : Pedagogi, Matematik, Pintar dan Berbakat, Kaedah Pemecutan

Abstract : Pemecutan (acceleration) merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar pintar dan berbakat. Kaedah ini memberi penekanan pengajaran mengikut kebolehan dan keupayaan pelajar selari dengan keperluan pelajar pintar dan berbakat. Tujuan kertas kerja ini adalah untuk melihat perbezaan pencapaian pelajar dalam kalangan pelajar pecutan dan bukan pecutan dalam subjek Matematik. Kajian ini dijalankan ke atas 60 orang pelajar pintar dan berbakat yang berumur antara 15 hingga 17 tahun. Program pemecutan yang dilaksanakan adalah kemasukan awal ke sekolah dan melangkau kelas (grade acceleration). Pelajar pecutan dan bukan pecutan dikumpulkan di dalam kelas yang sama tanpa pengasingan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Data diperoleh daripada keputusan peperiksaan yang dijalankan ke atas pelajar setiap tiga bulan sekali. Data mentah dianalisis dengan membuat perbandingan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Hasil analisis menunjukkan pada peringkat awal, purata markah bagi pelajar pecutan adalah lebih rendah berbanding pelajar bukan pecutan. ‘Bridging program’ dilaksanakan untuk membantu pelajar pecutan untuk menguasai topik-topik asas dalam Matematik. Hasil pelaksanaan program tersebut, didapati purata markah bagi pelajar pecutan adalah lebih tinggi berbanding pelajar bukan pecutan dalam peperiksaan seterusnya. Beberapa implikasi kaedah pemecutan terhadap pelajar pintar dan berbakat juga akan dibincangkan di dalam kertas kerja ini.

Download Hit : 14

More Info | Full Paper



Page