Journal list


Volume List
Search By : Author Keyword Publication Date Volume

Page

A Glimpse of Teacher-level Characteristics among Mathematics Teachers at Rural Secondary Schools of Sabah, Malaysia

Lay Yoon Fah, Crispina Gregory K. Han, Getrude C. Ah Gang @ Grace

Volume : vol 9,2018

Publication Date : 2018-12-31

Keywords : Mathematics achievement, rural secondary schools, teacher-level characteristics

Abstract : Factors that might have contributed to students’ mathematics performance in TIMSS are multifaceted, recognizing that students’ mathematics achievement is the result of a complex interplay of school-level, teacher-level, and student-level factors. In particular, teacher-level factors have shown significant contribution in predicting students’ mathematics performance in TIMSS. The ultimate goal of this study is to develop a database of mathematics teachers’ characteristics especially who taught mathematics at the rural secondary schools of Sabah, Malaysia. These characteristics include mathematics teachers’ formal education, majoring in education and mathematics, years of teaching experience, professional development, preparation to teach the TIMSS mathematics topics, confidence in teaching mathematics, career satisfaction, collaborate to improve mathematics teaching, engage students in learning mathematics, relate lessons to students’ daily lives, resources used for teaching mathematics, instructional activities in mathematics class, computer activities during mathematics lessons, and mathematics classroom assessment. It is hoped that the data base will provide insightful information to the preparation of mathematics teachers especially for rural secondary schools in Sabah, Malaysia.

Download Hit : 118

More Info | Full Paper


Perspektif Pelajar Terhadap Kurikulum Sejarah Peringkat Menengah di Malaysia

Khairul Ghufran Kaspin, Mansor Mohd Noor, & Mohd Mahzan Awang

Volume : vol 9,2018

Publication Date : 2018-12-31

Keywords : Etnik dan sejarah negara, mata pelajaran Sejarah

Abstract : Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti perspektif pelajar terhadap kurikulum sejarah peringkat menengah dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar terhadap kefahaman mereka tentang mata pelajaran sejarah yang telah dipelajari. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan kajian tinjauan sebagai reka bentuk kajian. Pemilihan responden pula adalah seramai 400 ratus pelajar yang dipilih secara rawak dari empat fakulti terpilih yang dikategorikan sebagai fakulti A, B, C, dan D. Setiap 100 orang responden dipilih dari setiap fakulti dan pemilihan responden dikategorikan mengikut etnik masing-masing seperti Melayu, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak, Cina dan India. Kaedah kajian kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan borang soal selidik. Data dan analisis kajian ini dinilai dan disemak terlebih dahulu oleh individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang berkaitan. Data kajian yang diperolehi dihurai dalam bentuk peratus dan analisis varians. Hasil kajian mendapati semua responden yang terlibat dalam kajian ini mencatat peratus melebihi 50% untuk kesemua etnik. Bagi etnik Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, peratus yang dicatat melebihi 60% manakala bagi etnik bukan Bumiputera seperti Cina dan India, peratus yang dicatat kurang dari 60%. Kajian ini mendapati faktor-faktor seperti etnik dan agama menunjukkan perbezaan yang signifikan kepada responden yang memberikan perspektif mereka terhadap kurikulum sejarah dan faktor-faktor seperti jantina, tahun pengajian dan fakulti pula tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, persepktif pelajar terhadap kurikulum sejarah peringkat menengah adalah baik. Namun, hasil dapatan ini perlu ditingkatkan lagi agar minda generasi muda terus terbina dengan kukuh terhadap kefahaman mereka tentang sejarah negara. Ditambah lagi dengan komposisi penduduk di Malaysia yang berbilang etnik.

Download Hit : 752

More Info | Full Paper


Permasalahan Kemahiran Menetapkan Objektif Pengajaran Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Berteraskan Elemen Kemahira Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Mohd. Syaubari Othman, Ahmad Yunus Kassim

Volume : vol 9,2018

Publication Date : 2018-12-31

Keywords : Faktor menyumbang, guru Pendidikan Islam, KBAT

Abstract : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan kemahiran menetapkan objektif pengajaran di kalangan guru pendidikan Islam berteraskan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kajian secara kualitatif di Negeri Perak yang melibatkan temubual dan pemerhatian bersama dua guru pendidikan Islam. Penentuan tema telah ditetapkan adalah berdasarkan pengumpulan secara temu bual dan pemerhatian serta kerangka konseptual. Hasil temubual itu ditadbir urus dengan program N’vivo versi 8 untuk menghasilkan tema dan jadual matrik berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan faktor yang mempengaruhi GPI adalah dari aspek pengurusan masa, keterikatan dengan sukatan dan berorentasikan peperiksaan di kalangan guru pendidikan Islam. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan di dalam corak kefahaman guru dari aspek konsep pengetahuan, kemahiran dan perancangan. Namun, kedua-dua guru menyedari kepentingan pelaksanaan KBAT ini dalam membentuk pelajar yang memahami, menghayati dan mengamalkannya. Konsep KBAT ini di lihat dari perspektif elemen menganalisis, menilai dan menjana idea terhadap isi kandungan pendidikan Islam dengan menggunakan pendekatan pemikiran secara kreatif dan kritis Keseluruhan daripada kajian ini memperlihatkan kepentingan untuk guru mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan perancangan di dalam membentuk serta seterusnya menepati kehendak pengajaran yang berteraskan KBAT

Download Hit : 570

More Info | Full Paper


Meneroka Kreativiti Saintifik Melalui Pembelajaran STEM Berasaskan Projek: Satu Kajian Rintis

Norjanah Ambo, Siew Nyet Moi, Crispina Gregory K Han

Volume : vol 9,2018

Publication Date : 2018-12-31

Keywords : Kreativiti saintifik, modul STEM, pembelajaran berasaskan projek

Abstract : Kajian rintis ini bertujuan untuk menentukan kesahan kandungan dan muka bagi modul pembelajaran STEM berasaskan projek (STEMBP) yang dibangunkan oleh pengkaji. Seramai lima orang panel penilai yang terdiri daripada guru cemerlang sains, ketua panitia dan guru-guru Sains Tahun Lima yang berpengalaman melaksanakan kesahan kandungan modul. Beberapa penambahbaikan dibuat berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh panel. Kajian rintis ini dijalankan di sebuah sekolah rendah dalam daerah Tawau, Sabah yang melibatkan seramai 30 orang murid. Intervensi dijalankan selama 12 minggu bagi melaksanakan enam aktiviti dalam Modul STEMBP. Data kualitatif dikumpul melalui soal selidik terbuka. Respon murid menunjukkan kelima-lima tret kreativiti saintifik iaitu kelancaran, keaslian, penghuraian, kebstrakan tajuk dan rintangan terhadap penutupan pra-matang dapat dibangunkan melalui aktiviti dalam Modul STEMBP. Selain itu, murid-murid berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti dalam modul STEMBP menimbulkan rasa keseronokan dan keterujaan apabila mereka membina dan menguji prototaip.Hasil dapatan kajian rintis ini mencadangkan bahawa aktiviti pembelajaran STEM berasaskan projek mampu menjana suasana pembelajaran yang memupuk kreativiti saintifik murid.

Download Hit : 979

More Info | Full Paper


Hubungan Antara Beban Tugas Dengan Stres Guru Kolej Vokasional Di Negeri Sabah

Morris Anak Lat, Crispina Gregory K. Han

Volume : vol 9,2018

Publication Date : 2018-12-31

Keywords : Beban tugas, kolej vokasional, stres guru

Abstract : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh beban tugas terhadap stres guru Kolej Vokasional di negeri Sabah. Responden kajian terdiri daripada guru-guru Kolej Vokasional di negeri Sabah. Seramai 371 responden telah dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif bukan eksperimen yang menggunakan kaedah tinjauan. Beban tugas guru diukur menggunakan instrumen soal selidik Teacher Stres Inventory dan Self Report Teacher Stres. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 21. Dapatan kajian berdasarkan nilai skor min beban tugas dan stres guru adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara beban tugas dengan stres. Implikasi dapatan kajian menunjukkan kefahaman tentang stres dalam kalangan guru membolehkan mereka dapat menilai dan melihat dalam diri mereka sendiri, tujuan dan matlamat sebenar hidup mereka. Di samping itu juga guru-guru di Kolej Vokasional dapat mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal supaya sentiasa kuat berhadapan dengan perubahan dalam sistem pendidikan semasa, beban tugas yang semakin mencabar dan kepelbagaian karenah pelajar masa kini.

Download Hit : 709

More Info | Full Paper



Page