Journal Detail

Journal Title
Impak pengajaran dan bimbingan guru Pendidikan Islam terhadap motivasi dan pembelajaran terarah kendiri pelajar
Download Hit
10596
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh variabel proses pengajaran dan bimbingan guru Pendidikan Islam terhadap motivasi dan pembelajaran terarah kendiri (PTK) pelajar sekolah menengah di negeri Sabah, Malaysia. Di samping itu juga kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan pengaruh variabel-variabel eksogenus terhadap variabel endogenus kajian berdasarkan lokasi (bandar dan luar bandar). Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan, melibatkan seramai 407 orang pelajar dari kawasan bandar (205 orang) dan luar bandar (202 orang). Kajian ini merujuk kepada Model Keupayaan Belajar Sendiri (Borkowski & Dukewich, 1996) sebagai model asas kerangka kajian ini. Data kajian dianalisis menggunakan analisis laluan (path analisis/SEM) dengan perisian AMOS Versi 4. Dapatan utama kajian menunjukkan proses pengajaran dan bimbingan guru mempengaruhi motivasi dan pembelajaran terarah kendiri (PTK) secara signifikan. Namun terdapat perbezaan pengaruh variabel-variabel tersebut berdasarkan lokasi. Analisis laluan model persamaan struktur (SEM) juga menunjukkan data yang digunakan dalam kajian ini mempunyai penyesuaian munasabah bagi model regresi yang dicadangkan. Justeru membuktikan ketiga-tiga variabel bebas tersebut mempunyai hubungan secara langsung dan tidak langsung dengan variabel bersandar kajian iaitu pembelajaran terarah kendiri (PTK). Diharapkan kajian ini akan dapat memberikan input berguna bagi penambahbaikan sistem pendidikan kebangsaan
Download

About Author
    Author Name
    . Muhamad Suhaimi Taat
    Background
    Website
    Blog