Journal Detail

Journal Title
Beban tugas dan motivasi pengajaran guru di sekolah menengah daerah Ranau
Download Hit
25178
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap beban tugas dan motivasi pengajaran dalam kalangan guru di sekolah menengah daerah Ranau dan hubungan antara kedua-duanya. Beban tugas guru dikategorikan kepada dua, iaitu beban tugas akademik dan beban tugas bukan akademik. Populasi kajian ini ialah 380 orang guru yang bertugas di lima buah sekolah menengah dalam daerah Ranau. Seramai 193 orang guru daripada tiga buah sekolah dipilih secara rawak menjadi sampel kajian. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan melibatkan kaedah tinjauan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap beban tugas akademik adalah tinggi (M=3.79, SD=.211), tahap beban tugas bukan akademik adalah tinggi (M=4.43, SD=.174), tahap beban tugas guru adalah tinggi (M=4.11, SD=.159) dan tahap motivasi pengajaran guru adalah sederhana (M=3.56, SD=.538). Keperluan fisiologi pelajar dan penyediaan fizikal bilik darjah perlu dipenuhkan terlebih dahulu. Pelajar yang berasa tenang dan selesa kurang menimbulkan masalah disiplin. Bagi guru pula, perkara ini dapat mengurangkan beban tugas mereka dalam menangani masalah disiplin pelajar. Pengurangan beban tugas berkaitan disiplin dapat menyumbang kepada keadaan kerja yang lebih baik kepada guru.
Download

About Author
    Author Name
    . Norashid Bin Othman
    Background
    Website
    Blog