Journal Detail

Journal Title
Penggunaan bahan visual di kalangan guru teknikal
Download Hit
12979
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan bahan visual di kalangan guru-guru teknikal, kemahiran guru-guru teknikal dalam literasi visual dan sikap mereka terhadap literasi visual. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat limitasi yang dihadapi dalam penggunaan bahan visual dalam pengajaran di kelas. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Populasi kajian adalah guru-guru yang mengajar mata pelajaran teknikal sekolah menengah di Kota Kinabalu. Manakala sampel yang terlibat adalah sebanyak 120 guru yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis deskriptif bagi pemboleh ubah pengalaman mengajar, penggunaan bahan visual, sikap dan limitasi. Seterusnya objektif kajian adalah untuk melihat perbezaan pemboleh ubah berdasarkan pengalaman mengajar dan hubungan antara pemboleh ubah, analisis inferensi digunakan. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan bahan visual di kalangan guru teknikal adalah sederhana. Selain itu, tahap kemahiran guru teknikal juga didapati berada pada tahap tinggi dan guru-guru teknikal mempunyai sikap yang positif terhadap literasi visual. Walau bagaimanapun, guru-guru teknikal masih menghadapi limitasi yang sederhana dalam mengaplikasikan penggunaan bahan visual dalam pengajaran di kelas. Maka dapat disimpulkan bahawa walaupun menghadapi masalah tertentu namun guru-guru teknikal masih bersikap positif terhadap literasi visual dan mengaplikasikannya dalam pengajaran di kelas.
Download

About Author
    Author Name
    . Azura binti Mohd Nor
    Background
    Website
    Blog