Journal Detail

Journal Title
PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN SEJARAH PADA ABAD KE-21 DAN HUBUNGANNY
Download Hit
1765
Abstract
Bermula pada tahun 2013, mata pelajaran Sejarah telah dijadikan mata pelajaran wajib lulus pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Namun, kajian lampau mendapati mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran yang kurang diminati pelajar kerana cara penyampaian yang berbentuk tradisional dan tidak menarik perhatian pelajar Dengan itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 telah diusulkan oleh pakar pendidikan alaf baru. Ia meliputi penggunaan kepelbagaian teknologi termasuklah penggunaan multimedia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan salah satu daripada ciri pembelajaran abad ke-21 iaitu penggunaan multimedia dalam mata pelajaran Sejarah dan sejauh mana ia mempengaruhi minat belajar sejarah. Kajian ini melibatkan 120 orang pelajar Tingkatan Empat di Sarawak dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Kajian rintis untuk kesahan dan kebolehpercayaan telah dilakukan ke atas 30 orang pelajar dan nilai alfa yang diperoleh adalah melebihi 0.6 yang boleh digunakan dalam kajian sebenar. Analisis data telah dilakukan dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Version 20.0 untuk mendapatkan nilai korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan sumber, kepelbagaian penggunaan sumber, dan penggunaan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran dengan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah manakala kreativiti guru dalam penggunaan sumber adalah tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan minat pelajar. Kajian ini memberi implikasi kepada amalan pengajaran dan pembelajaran Sejarah berbantukan teknologi terkini. Oleh kerana para guru masih menggunakan teknologi yang asas dalam pengajaran seperti Powerpoint dan Youtube, kreativiti mereka masih menjadi tanda tanya. Justeru, penggunaan aplikasi berguna seperti Classdojo, Creative Writing Prompts, Subtext, dan Trello amat wajar digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
Download

About Author
    Author Name
    . Mohd Mahzan Awang
    Background
    Website
    Blog