Journal Detail

Journal Title
TAHAP PENGETAHUAN DAN SIKAP GRADUAN IPT SERTA HUBUNGANNYA DENGAN MINAT TERHADAP SEJARAH: USAHA AWAL MEMUPUK SEMANGAT CINTA NEGARA
Download Hit
471
Abstract
Pengembangan ilmu sejarah bermula dengan langkah penerimaan awal iaitu minat dan cakna. Usaha rintis ini bertujuan untuk mendedahkan tahap minat graduan institusi pengajian tinggi terhadap ilmu sejarah. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang merangkumi empat komponen: tahap pengetahuan, sikap, dan minat serta hubungan antara minat dengan tahap pengetahuan dan sikap. Seramai 39 orang pelajar pascasiswazah yang mendaftar di UMK telah dijadikan sampel kajian. Dapatan awal mendapati tahap pengetahuan, sikap, dan minat graduan IPT terhadap sejarah adalah rendah dan sederhana. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan graduan IPT dengan minat terhadap Sejarah namun terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan minat. Justeru, kajian terperinci dan komprehensif perlu dianjakkan ke arah kelestarian hidup bernegara.
Download

About Author
    Author Name
    . Nur Syazwani Abdul Talib
    Background
    Website
    Blog