Journal Detail

Journal Title
POLA DAN TRENDA DALAM PENYELIDIKAN BERKAITAN DENGAN KREATIVITI ATAU PEMIKIRAN KREATIF PADA PERINGKAT PASCA IJAZAH DI MALAYSIA
Download Hit
705
Abstract
Kesedaran tentang kepentingan pemikiran kreatif dalam kurikulum sekolah di Malaysia telah wujud sejak tahun 1983, bermula dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan dilangsungkan awal 1990an dengan Kurikulum Bersepadu di mana pemikiran kreatif disebatikan sebagai salah satu komponen dalam Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kini, pemikiran kreatif terus disebatikan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk pelajaran sekolah menengah. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sebarang pola dan trenda berkaitan dengan penyelidikan tentang kreativiti atau pemikiran kreatif yang dapat diakses dari pangkalan data elektronik di Pusat Dokumentasi Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Kaedah kajian sejarah berbentuk analisis tajuk tesis dan dokumen (tesis) dari tahun 1979 sehingga Julai 2015 dilaksanakan dan statistik perihalan digunakan untuk memperihalkan pola dan trenda. Antara 278 tesis pengajian tinggi yang dianalisis, hanya 65 tesis adalah tesis pasca ijazah dan jumlah ini merangkumi 51 (18.4%) tesis ijazah sarjana dan 14 (5.0%) tesis ijazah kedoktoran. KBKK merupakan tema am yang terpilih di peringkat ijazah sarjana manakala kreativiti atau pemikiran kreatif menjadi tema am yang paling disukai penyelidik kedoktoran. Para pelajar (31 kajian) dan guru (22 kajian) merupakan kategori responden yang paling kerap diselidiki manakala bilangan responden atau sasaran lain seperti guru pelatih, pentadbir, responden kumpulan lain adalah tidak signifikan. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan tesis kedoktoran dalam kreativiti atau pemikiran kreativiti sama ada dalam bentuk “pengintegrasian” (KBKK/KBAT) atau secara terasing (stand alone) adalah sangat terhad.
Download

About Author
    Author Name
    . Chew Eng Sun
    Background
    Website
    Blog