Journal Detail

Journal Title
KESEDARAN SOSIAL DAN PENGLIBATAN MAHASISWA DALAM PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
Download Hit
401
Abstract
Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum universiti yang penting dalam memberi sumbangan terhadap penyuburan fizikal, mental, emosi dan sosial. Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kesedaran sosial dan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti khidmat masyarakat yang telah dikelolakan oleh Pusat Kokurikulum dan Pembelajaran Servis Universiti Teknologi Malaysia.Kajian ini juga mengenal pasti hubungan di antara kesedaran sosial dan penglibatan mahasiswa, serta menganalisis faktor peramal penglibatan mahasiswa berdasarkan kesedaran sosial pelajar Seramai 355 orang mahasiswa dari sebuah Fakulti telah dijadikan sebagai responden kajian. Tahap kesedaran sosial dalam kajian ini adalah berdasarkan Teori Afektif Krathwol melibatkan konstruk Penerimaan, Gerak Balas, Penilaian, Organisasi dan Perwatakan. Manakala bagi Tahap Penglibatan, teori yang digunakan adalah Teori Tingkah Laku Terancang yang melibatkan Sikap, Norma Subjektif dan Tanggapan. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Nilai kesahan konstruk adalah melebihi 40% bagi ukuran varians dan nilai Eigen adalah kurang daripada 3. Kebolehpercayaan item adalah 0.99 dengan indeks pengasingan adalah 8. Analisis kajian ini merangkumi analisis deskriptif berbentuk analisis peta item serta analisis inferensi iaitu ujian korelasi dan Structural Equation Model. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kesedaran sosial dengan tahap penglibatan mahasiswa dalam aktiviti khidmat masyarakat. Faktor Perwatakan, Penilaian dan Gerak Balas merupakan faktor yang signifikan dalam meramal peningkatan penglibatan mahasiswa dalam khidmat masyarakat.
Download

About Author
    Author Name
    . Adibah Abdul Latif
    Background
    Website
    Blog