Journal Detail

Journal Title
IMPLIKATUR DALAM KESANTUNAN BERBAHASA: ANALISIS TEORI RELEVANS
Download Hit
917
Abstract
Implikatur ditakrifkan sebagai suatu bentuk pentafsiran makna yang melangkaui makna lateral dalam sesebuah ujaran. Penggunaan implikatur dalam komunikasi bertujuan untuk melahirkan hasrat hati penutur kepada pendengar yang diujarkan dalam bentuk yang berbeza dari makna sebenar. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan penggunaan implikatur dalam kesantunan berbahasa berdasarkan ujaran yang terdapat dalam teks klasik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan data korpus. Data diperoleh daripada teks klasik Sulalatus Salatin yang diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad dan dianalisis menggunakan Teori Relevans. Teori Relevans yang menggabungkan komunikasi dan kognisi sesuai digunakan dalam memahami implikatur yang terdapat dalam ujaran yang bersantun. Teori Relevans yang diaplikasikan dalam kajian ini membuktikan bahawa ujaran yang bermenifestasi sangat penting bagi mengelakkan salah faham dalam mendapatkan makna sebenar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan implikatur dalam ujaran sangat berkesan dalam melahirkan ujaran yang menunjukkan kesantunan berbahasa. Hal ini kerana dalam menyampaikan ujaran penggunaan implikatur dapat menjadikan sesuatu ujaran itu lebih berhemah dan tidak menyinggung perasaan orang lain. Kesimpulannya, penggunaan implikatur dalam ujaran memberi kesan optima kepada kesantunan berbahasa dan seterusnya mampu mengelakkan seseorang itu dianggap sombong, ego, tidak berbudaya dan tidak beradat.
Download

About Author
    Author Name
    . Mohd Aris Anis
    Background
    Website
    Blog