Journal Detail

Journal Title
KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DALAM KALANGAN PELAJAR
Download Hit
731
Abstract
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) adalah satu pendekatan pengajaran berasaskan masalah sebenar yang melibatkan penggunaan pelbagai kemahiran untuk menyelesaikannya. Kajian kuasi-eksperimen ini bertujuan mengkaji keberkesanan kaedah PBM dalam meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah pelajar. Kajian ini mengambil masa selama lapan minggu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merangkumi soalan ujian pra-pasca dan soal selidik. Kajian ini melibatkan 71 orang pelajar sekolah menengah yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kesemua responden ini mengambil mata pelajaran Sains Tingkatan Empat. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Version 21.0. Dapatan kajian ini membuktikan kaedah PBM berjaya dalam meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah pelajar. Dapatan persepsi menunjukkan penggunaan PBM menerima maklum balas yang positif daripada pelajar. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa teknik pengajaran dan pembelajaran yang berbeza, menarik, serta berkesan mampu meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah pelajar.
Download

About Author
    Author Name
    . Azita Ali
    Background
    Website
    Blog