Journal Detail

Journal Title
Hubungan Iklim Sekolah Dengan Motivasi Guru
Download Hit
223
Abstract
Kajian hubungan iklim sekolah dengan motivasi guru dalam kalangan guru sekolah menengah telah dilaksanakan di Daerah Sri Aman, Sarawak. Kajian kuantitatif bukan eksperimen ini menggunakan instrumen soal selidik dan seramai 188 responden dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Iklim sekolah telah diukur menggunakan instrumen School-Level Environment Questionnaire (SLEQ) manakala pengukuran motivasi menggunakan instrumen soal selidik, A Questionnaire Measure of Individual Differences in Achieving Tendecy (QMAT). Nilai alfa Cronbach untuk kedua-dua soal selidik ialah .75 dan .79. Dapatan kajian menunjukkan iklim sekolah dan motivasi guru adalah pada tahap tinggi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam iklim sekolah berdasarkan kelayakan ikhtisas dan juga motivasi guru berdasarkan kelayakan ikhtisas dan pengalaman mengajar. Iklim sekolah menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan pengalaman mengajar. Analisis kajian mendapati terdapatnya hubungan positif yang lemah dan signifikan antara iklim sekolah dengan motivasi guru (r = .358, p < .05).
Download

About Author
    Author Name
    . Evonne Lai Eng Fei
    Background
    Website
    Blog