Journal Detail

Journal Title
Aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 Terhadap Hala Tuju Kecemerlangan Bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)
Download Hit
559
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 terhadap hala tuju kecemerlangan bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). Kajian yang dijalankan adalah kajian tinjauan berbentuk kuantitatif. Seramai 100 orang Pegawai Pendidikan Daerah dari 12 buah Pejabat Pendidikan Daerah dipilih sebagai responden. Empat zon Pejabat Pendidikan Daerah yang terlibat adalah zon selatan (Batu Pahat, Kluang, Seremban, dan Kuala Pilah), zon timur (Pasir Puteh, Bachok, Setiu, dan Kuala Terengganu). Dua zon lagi adalah zon utara yang terdiri daripada Alor Setar dan Kangar, dan zon tengah yang meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kuala Selangor. Kajian ini menggunakan borang soal selidik berskala Likert lima-mata yang diadaptasi daripada instrumen Kajian Persepsi PPPM Kitaran 2, 2013. Kaedah analisis data yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan peratusan. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 21.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa PPPM 2013-2025 merupakan aspirasi, panduan, dan hala tuju pegawai pendidikan dalam mentransformasi dan mengarusperdana bidang PTV. Para pegawai pendidikan mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap kandungan pelan PPPM. Mereka juga berpendapat bahawa program yang dilaksanakan oleh pihak KPM adalah menepati dan mengikut aspirasi pelan yang telah dibangunkan dan menaruh keyakinan terhadap perkembangan PTV melalui pelaksanaan PPPM 2013-2025. Kajian ini diharapkan dapat menjadikan PPPM atau program seumpamanya yang diperkenalkan oleh kementerian dapat menjadi panduan dalam mengarusperdanakan pendidikan di Malaysia terutamanya dalam bidang Teknik dan Vokasional agar seiring dengan perkembangan bidang lain.
Download

About Author
    Author Name
    . Yusmarwati Yusof
    Background
    Website
    Blog