Journal Detail

Journal Title
Sikap dan Amalan Aktiviti Fizikal Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia
Download Hit
18
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap aktiviti fizikal terhadap amalan aktiviti fizikal pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Seramai 408 pelajar Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISMP) di empat buah IPGM Zon Sabah terlibat dalam kajian ini. Guru pelatih berada di tahun pertama hingga tahun empat dan sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan berbentuk kuantitatif bukan eksperimen yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperoleh berdasarkan soal selidik Sikap Aktiviti Fizikal dan Soal Selidik Aktiviti Fizikal Antarabangsa (IPAQ). Data mentah telah dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif dan inferens seperti min, peratusan sisihan piawai, korelasi Pearson dan regresi pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan sikap aktiviti fizikal pada tahap sederhana dan amalan aktiviti fizikal pelajar pada tahap baik. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapatnya hubungan (r = .133, p <.05) dan pengaruh sikap terhadap amalan aktiviti fizikal [F (2,405) = 8.162, p < .05] dalam kalangan pelajar IPGM. Variabel ini memberi implikasi terhadap teori-teori kajian dan praktikal secara menyeluruh.
Download

About Author
    Author Name
    . Widayati Harun
    Background
    Website
    Blog