Journal Detail

Journal Title
Hubungan Antara Amalan Hijau Dan Pengurusan BengkelDi Institut Kemahiran Teknikal Kota Kinabalu, Sabah
Download Hit
18
Abstract
Kepesatan dan kemajuan sains, teknologi, dan perindustrian adalah antara penyumbang utama terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar. Kesedaran masyarakat dalam membantu melestarikan alam sekitar harus dipupuk melalui pendidikan dari peringkat awal. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap amalan hijau, tahap pengurusan bengkel dan hubungan antara amalan hijau dengan pengurusan bengkel dalam kalangan tenaga pengajar Institut Kemahiran Teknikal di Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 147 orang responden dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak bagi mewakili populasi tenaga pengajar Institut Kemahiran Teknikal. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif bukan eksperimen yang menggunakan kaedah tinjauan untuk mengumpul data. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data terdiri daripada Soal Selidik Amalan Hijau dan soal selidik Pengurusan Bengkel. Indeks kebolehpercayaan kedua-dua instrumen ini ialah .91 dan .93. Analisis data dilakukan dengan menggunakan Program IBM SPSS Statistics version 22.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan hijau dan pengurusan bengkel adalah pada tahap ‘Tinggi’ (3.87 - 4.17). Selain itu, dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang kuat (r = .71) dan signifikan antara amalan hijau dengan pengurusan bengkel. Dapatan kajian ini dapat memberikan garis panduan untuk membentuk kolaborasi antara pihak Institut Kemahiran Teknikal dengan Industri dalam memantapkan pengetahuan dan penerapan teknologi hijau dan amalan hijau dalam pendidikan kemahiran dan teknikal khususnya.
Download

About Author
    Author Name
    . Nunik Wahida Mohd Nuryamin
    Background
    Website
    Blog