Journal Detail

Journal Title
Kajian Perbandingan Pencapaian Subjek Matematik Dalam Kalangan Pelajar Pecutan dan Bukan Pecutan
Download Hit
183
Abstract
Pemecutan (acceleration) merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar pintar dan berbakat. Kaedah ini memberi penekanan pengajaran mengikut kebolehan dan keupayaan pelajar selari dengan keperluan pelajar pintar dan berbakat. Tujuan kertas kerja ini adalah untuk melihat perbezaan pencapaian pelajar dalam kalangan pelajar pecutan dan bukan pecutan dalam subjek Matematik. Kajian ini dijalankan ke atas 60 orang pelajar pintar dan berbakat yang berumur antara 15 hingga 17 tahun. Program pemecutan yang dilaksanakan adalah kemasukan awal ke sekolah dan melangkau kelas (grade acceleration). Pelajar pecutan dan bukan pecutan dikumpulkan di dalam kelas yang sama tanpa pengasingan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Data diperoleh daripada keputusan peperiksaan yang dijalankan ke atas pelajar setiap tiga bulan sekali. Data mentah dianalisis dengan membuat perbandingan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Hasil analisis menunjukkan pada peringkat awal, purata markah bagi pelajar pecutan adalah lebih rendah berbanding pelajar bukan pecutan. ‘Bridging program’ dilaksanakan untuk membantu pelajar pecutan untuk menguasai topik-topik asas dalam Matematik. Hasil pelaksanaan program tersebut, didapati purata markah bagi pelajar pecutan adalah lebih tinggi berbanding pelajar bukan pecutan dalam peperiksaan seterusnya. Beberapa implikasi kaedah pemecutan terhadap pelajar pintar dan berbakat juga akan dibincangkan di dalam kertas kerja ini.
Download

About Author
    Author Name
    . Nur Nadiah Lani
    Background
    Website
    Blog