Journal Detail

Journal Title
Perspektif Pelajar Terhadap Kurikulum Sejarah Peringkat Menengah di Malaysia
Download Hit
123
Abstract
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti perspektif pelajar terhadap kurikulum sejarah peringkat menengah dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar terhadap kefahaman mereka tentang mata pelajaran sejarah yang telah dipelajari. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan kajian tinjauan sebagai reka bentuk kajian. Pemilihan responden pula adalah seramai 400 ratus pelajar yang dipilih secara rawak dari empat fakulti terpilih yang dikategorikan sebagai fakulti A, B, C, dan D. Setiap 100 orang responden dipilih dari setiap fakulti dan pemilihan responden dikategorikan mengikut etnik masing-masing seperti Melayu, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak, Cina dan India. Kaedah kajian kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan borang soal selidik. Data dan analisis kajian ini dinilai dan disemak terlebih dahulu oleh individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang berkaitan. Data kajian yang diperolehi dihurai dalam bentuk peratus dan analisis varians. Hasil kajian mendapati semua responden yang terlibat dalam kajian ini mencatat peratus melebihi 50% untuk kesemua etnik. Bagi etnik Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, peratus yang dicatat melebihi 60% manakala bagi etnik bukan Bumiputera seperti Cina dan India, peratus yang dicatat kurang dari 60%. Kajian ini mendapati faktor-faktor seperti etnik dan agama menunjukkan perbezaan yang signifikan kepada responden yang memberikan perspektif mereka terhadap kurikulum sejarah dan faktor-faktor seperti jantina, tahun pengajian dan fakulti pula tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, persepktif pelajar terhadap kurikulum sejarah peringkat menengah adalah baik. Namun, hasil dapatan ini perlu ditingkatkan lagi agar minda generasi muda terus terbina dengan kukuh terhadap kefahaman mereka tentang sejarah negara. Ditambah lagi dengan komposisi penduduk di Malaysia yang berbilang etnik.
Download

About Author
    Author Name
    . Khairul Ghufran Kaspin
    Background
    Website
    Blog