Journal Detail

Journal Title
Permasalahan Kemahiran Menetapkan Objektif Pengajaran Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Berteraskan Elemen Kemahira Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Download Hit
570
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan kemahiran menetapkan objektif pengajaran di kalangan guru pendidikan Islam berteraskan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kajian secara kualitatif di Negeri Perak yang melibatkan temubual dan pemerhatian bersama dua guru pendidikan Islam. Penentuan tema telah ditetapkan adalah berdasarkan pengumpulan secara temu bual dan pemerhatian serta kerangka konseptual. Hasil temubual itu ditadbir urus dengan program N’vivo versi 8 untuk menghasilkan tema dan jadual matrik berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan faktor yang mempengaruhi GPI adalah dari aspek pengurusan masa, keterikatan dengan sukatan dan berorentasikan peperiksaan di kalangan guru pendidikan Islam. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan di dalam corak kefahaman guru dari aspek konsep pengetahuan, kemahiran dan perancangan. Namun, kedua-dua guru menyedari kepentingan pelaksanaan KBAT ini dalam membentuk pelajar yang memahami, menghayati dan mengamalkannya. Konsep KBAT ini di lihat dari perspektif elemen menganalisis, menilai dan menjana idea terhadap isi kandungan pendidikan Islam dengan menggunakan pendekatan pemikiran secara kreatif dan kritis Keseluruhan daripada kajian ini memperlihatkan kepentingan untuk guru mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan perancangan di dalam membentuk serta seterusnya menepati kehendak pengajaran yang berteraskan KBAT
Download

About Author
    Author Name
    . Mohd. Syaubari Othman
    Background
    Website
    Blog