Journal Detail

Journal Title
Hubungan Antara Beban Tugas Dengan Stres Guru Kolej Vokasional Di Negeri Sabah
Download Hit
142
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh beban tugas terhadap stres guru Kolej Vokasional di negeri Sabah. Responden kajian terdiri daripada guru-guru Kolej Vokasional di negeri Sabah. Seramai 371 responden telah dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif bukan eksperimen yang menggunakan kaedah tinjauan. Beban tugas guru diukur menggunakan instrumen soal selidik Teacher Stres Inventory dan Self Report Teacher Stres. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 21. Dapatan kajian berdasarkan nilai skor min beban tugas dan stres guru adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara beban tugas dengan stres. Implikasi dapatan kajian menunjukkan kefahaman tentang stres dalam kalangan guru membolehkan mereka dapat menilai dan melihat dalam diri mereka sendiri, tujuan dan matlamat sebenar hidup mereka. Di samping itu juga guru-guru di Kolej Vokasional dapat mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal supaya sentiasa kuat berhadapan dengan perubahan dalam sistem pendidikan semasa, beban tugas yang semakin mencabar dan kepelbagaian karenah pelajar masa kini.
Download

About Author
    Author Name
    . Morris Anak Lat
    Background
    Website
    Blog